Terowong Tanpa Hujong

Batu Nesan

Posted in Uncategorized by Ibrahim Sulaiman on January 6, 2012

Takziah.

Sumpah Sampah

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on May 7, 2011

Kau sumpah,
Aku sumpah,
Dan kita sama sama musnah (berenang kuak lentang di neraka paling bawah).

FACEBOOK – Hahaha

Posted in Sosaiti by Ibrahim Sulaiman on April 29, 2011

Dalam facebook ramai the so-called intelektual yang selalu tulis status status sofistikated dan kompleks. Dan ramai yang bertikam,berparang,berpedang dengan ideologi masing masing melalui komen komen pendek sebagai respons kepada status status tadi. Memuaskan nafsu intelektual mereka barangkali?Aku tak pasti.

Yang aku pasti cuma satu: Intelektual sebenar takkan buang masa berdebat tentang satu subjek berat melalui kotak kotak kecil komen dan status facebook itu. They will write a proper article instead, filled with solid arguments and organized flow of thoughts. Lebih mudah untuk mereka mempertahankan idea yang disampaikan dan lebih mudah untuk intelektual lain membalas hujah.

Yang sibuk berpencak silat,berkungfu di arena intelektual facebook itu aku tak berapa yakin. Pseudo-intellectual/intelektual palsu barangkali?

Hahaha.


Chairil

Posted in Buku by Ibrahim Sulaiman on April 19, 2011

Dalam buku kumpulan puisi ini, terselit satu puisi Chairil Anwar

Aku sempat curi curi baca dekat kedai tadi.

Dan aku rasa cemburu, bila sajak kita akan keluar dalam buku buku macam ni?!

Antologi Sajak Ranggi – Sajak 3

Posted in Antologi Sajak Ranggi by Ibrahim Sulaiman on February 10, 2011

Rindu datang berbisik,
Menegur kesunyian,
Tatkala tahi menjengah lubang jamban.

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambal diambil dari sini.

Fikiran fikiran randum #1

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on January 5, 2011

——————————————————————————————————————————————————————————

Daripada berbual bual di kafe Starbucks sambil menyilangkan kaki yang disalut khakis Dockers, meng’intellektualisasi’kan realiti sambil tangan menuding sana sini, lebih baik dipatah patahkan keropok garing di warong makan untuk diberikan pada kucing liar, terutama yang sarat mengandung.

——————————————————————————————————————————————————————————

Awal awal kewujudan manusia, Adam dan Hawa membuat satu kesilapan. Lalu di’downgrade’kan dari Syurga ke Dunia. Dan diantara cucu cicit adam seterusnya ada yang meneruskan kesilapan, ada yang membaiki kesilapan. Yang meneruskan kemudian akan di’downgrade’kan ke neraka, yang membaiki kemudian di’upgrade’kan ke Syurga. Nyatalah bumi ini perantaraan; yang tengah tengah. Oh, kepada syaitan, maaf anda tiada pilihan. Hanya ‘downgrade’lah akhir kejadian.

——————————————————————————————————————————————————————————

Kepada kekasih kekasih berpacaran yang selalu mengungkapkan kata kata klise ‘saat kita berjauhan, aku pandang bulan dan bintang di dada langit gelap, aku yakin kau jua sedang melihat yang sama’, aku ucapkan ‘sangat poyo lah kalian, sekurang kurangnya ada juga yang hendak dilihat bersama!’. Pernah rasakan aku pandang bulan dia pandang matahari, dia pandang bintang aku lihat langit terang?13 jam membezakan malam dan siang.

——————————————————————————————————————————————————————————

Semanis mana pun kata kata cinta yang dibisikkan oleh cucu cicit Adam di cuping telinga cucu cicit Hawa, isinya tetap sama: ‘Ayuh ke neraka!’

——————————————————————————————————————————————————————————-

Langit & Bumi

Posted in Sosaiti by Ibrahim Sulaiman on November 28, 2010

Kalau anda pernah menonton liputan tentang krisis krisis di negara negara Afrika, melalui perantara media, kebanyakan waktu anda akan melihat imej imej (bergerak/statik) seperti berikut;

Anak anak kecil berbentuk badan kurang sempurna kerana kekurangan gizi seimbang. Kebiasaannya mereka tidak berbaju, tubuh badan suci mereka dihurungi lalat. Walaupun ada sedikit yang mampu melemparkan senyuman, kebanyakan mereka berwajah suram, menanti cahaya dalam hidup mereka.

Kemudian, untuk mengiringi kabar berita bahawa pemimpin pemimpin negara tersebut sedang berusaha mencari solusi untuk krisis krisis negara mereka, anda akan dihidangkan dengan imej imej (bergerak/statik) seperti berikut;

Orang orang dewasa, bertubuh badan sasa dan berpakaian sempurna. Orang orang ini kebanyakannya akan datang bersama sama dengan kereta kereta mewah. Sejurus turun dari kereta mewah ini, mereka akan disambut dengan cahaya silau dari kamera kamera jurnalis (tempatan & antarabangsa). Limpahan cahaya ini akan diiringi oleh senyum di wajah ceria mereka.

Imej imej (statik) diambil dari laman web ini dan ini

Double Standard

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on August 27, 2010

Suatu ketika, selepas waktu sahur.Aku,dia,dia,dan seorang lagi lelaki asyik menonton tv.Sedang menonton, ditayangkan satu iklan.Iklan siri tv melayu, berkenaan pendekar pendekar Melayu yang ada KUASA KUASA.

Aku melihat, dia, dia, dan lelaki yang seorang lagi itu ketawa. Menggelakkan pendekar pendekar Melayu yang ada KUASA KUASA.

Selesai itu, ditayangkan satu lagi iklan. Iklan siri tv omputih, berkenaan manusia manusia omputih yang ada KUASA KUASA.

Aku melihat, dia, dia, dan lelaki yang seorang lagi itu terdiam. Terdiam kagum dengan manusia manusia omputih yang ada KUASA KUASA.

DOUBLE STANDARD SIAL!

nota celah kaki: KUASA KUASA = SUPER POWER = KUASA LUARBIASA

Lagu Suci #1

Posted in Musik by Ibrahim Sulaiman on February 6, 2010

Rambut pendek disisir rapi,
Rambut panjang tersimpul mati,
Pedihkah mata dan hati,
Melihat diriku begini..
Kemana hilangnya… toleransi berdemokrasi,
Kenali hati jiwa bukan rupa, jangan salah memuji,
Kasih sesama insan,
Yang penting saling menghormati..

Bukan kata yang diagungkan,
Tapi perbuatan jadi ukuran,
Jujurlah setia berkawan,
Bukan insan meragut insan..
Malaysia maju aman, kan baik begini,
Jangan mundurkan lagi,
Pemikiran rakyat,
Jangan singkat,
Jangan hidup sendiri,
Jangan caci , kata maki ,
Itu bangsamu sendiri..

Apa nak dihiraukan,
Mata sepet, mata bulat,
Kulit hitam, kuning langsat,
Jalan lurus jangan sesat,
Pipit sama enggang dah lama terbang bersama,
Ini kan kita manusia,
Mengapa bermasam muka,
Ku hormati… kasar bisikan mu.. semalam..
Perjuanganku, untuk terus hidup.. ku teruskan..

Musik Keluar/Akhir/Penamat (Untuk Sebuah Filem)

Posted in Musik by Ibrahim Sulaiman on January 20, 2010

Sekarang Kami telah bersatu,
Dalam kedamaian eternal,

Kami harap engkau tercekik..
Kami harap engkau tercekik…
Kami harap engkau tercekik….