Terowong Tanpa Hujong

Benar Benar Keliru (2)

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on January 7, 2010

Barangkali,
Anak anak muda kadang kala silap,
Dan salah,
Kerana mereka melihat apa yang ‘cool’ itu sebagai kebenaran,
Sedangkan kebenaran tak sentiasa bersifat  ‘cool’
Lantas mereka keliru,
Di dalam usaha menjadi ‘cool’ ,
Dan mencari kebenaran.

nota celah kaki: bukan semua yang anak muda lakukan itu salah dan tidak benar!saya anti sungguh anggapan ini!

aku,sambil memasak sambal telur untuk hidangan makan malam, 7.50pm,Jan 6 tahun 2010 masehi.

Advertisements

Benar Benar Keliru

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on January 2, 2010

Barangkali,
Zaman ini penuh kekeliruan,
Kerana  ramai yang merasa diri benar,
Sampai enggan mencari kebenaran.

aku, ketika membancuh kopi pada petang hari pertama tahun 2010, 4.45pm.

Antologi Sajak Ranggi – Sajak 2

Posted in Antologi Sajak Ranggi by Ibrahim Sulaiman on November 14, 2009

Radikal

Keluarkan kitab, tunjukkan sebab,
Aku suci, dan engkau keji,
Si Polan itu Wahabi,
Si Polan itu Salafi,
Si Polan itu Syiah,
Si Polan itu ini,
Si Polan itu itu,
Aku hebat,dan engkau sesat,
Caci!
Maki!
Caci!
Maki!
Caci dan Maki!
Kata kata Ugamawan tak lagi suci.

Antologi Sajak Ranggi – Sajak 1

Posted in Antologi Sajak Ranggi by Ibrahim Sulaiman on October 12, 2009

Permaidani

Andai dapat kupintal awan dilangit,
Tuk dijadikan permaidani,
Dah lama aku buat bisnes.

Tammat

Mampos!

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on July 31, 2009

aku sekolah tak tinggi,
tak paham apa itu demokrasi,
tapi aku tahu,
penyebaran demokrasi melalui pembunuhan,senjata,letupan dan keganasan adalah jenaka paling besar abad ini.
amerika pegi MAMPOS!

cadangan kecil dari seorang rakyat kecil kepada perdana menteri Malaysia yang tercinta

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on July 18, 2009

saya rakyat kecil bernama Ibrahim Sulaiman no kad pengenalan 870321-56-5619 ingin memberi cadangan kecil kepada perdana menteri Malaysia yang tercinta, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan gagasan 1 Malaysia. Cadangan saya tidaklah sebesar mana, sesuai dengan status saya sebagai rakyat kecil di Malaysia. Saya mencadangkan Dato’ Seri Najib mengubahsuai lagu yang akan saya nyatakan di bawah ini dan menjadikannya lagu tema gagasan 1 Malaysia. Lagu tersebut bertajuk ‘Indonesia Saja’ dan dinyanyikan oleh band gergasi Indonesia; Dewa 19. Lirik  lagu tersebut saya sertakan di bawah.

Indonesia Saja – Dewa 19

Aku bukan orang jawa
Aku juga bukan sunda
Aku bukan orang aceh
Aku juga bukan ambon

Aku bukan cina
Aku juga bukan barat
Aku bukan kiri
Aku juga bukan kanan

Aku bukan hijau
Aku juga bukan merah

Chorus:
Aku hanya merasa
Aku orang indonesia saja
Aku hanya merasa
Aku orang indonesia saja

Chorus 3x

Perhatian: Bilamana penulis menggunakan frasa ‘perdana menteri Malaysia yang tercinta’, penulis tidak bermaksud yang penulis mencintai perdana menteri tersebut, sebaliknya penulis menyatakan rasa cintanya kepada negara beliau sendiri:Malaysia.

Kemas tidak berhabuk

Posted in Uncategorized by Ibrahim Sulaiman on June 14, 2009

Alhamdulillah aku berjaya mengemas dan membuang habuk habuk dalam blog yang tak seistimewa mana ini. Tiga entri baru aku masukkan serentak, hasil usaha merehatkan otak dari dunia akademik formal pada petang Sabtu, 13 June 2009. Sila baca jika sudi. Kalau taknak bace takpe,  g makan karipap.

Sekian.

Sorak Sorai

Posted in Sosaiti by Ibrahim Sulaiman on June 14, 2009

Dan ditakdirkan dalam hidup aku, kerap jugalah didengar manusia manusia/homo sapien homo sapien hebat beragama Islam berkata sebegini…

“Fahaman sosialis itu ckp Islami bagi saya bla bla bla…”

Dan bersorak sorai manusia/homo sapien itu menjuarai fahaman sosialis anutannya.Dengan alasan,fahaman sosialis itu bersifat Islami bagi beliau…

Dan ada juga yang berkata…

“Liberalisme itu cukup Islami sifatnya…bla bla bla…”

Dan bersorak sorai jugalah manusia/homo sapien/liberalis/libertarian itu mengagungkan fahaman liberal sebagai jalan penyelesaian untuk permasalahan hidup umat manusia.Juga dengan alasan yang sama…liberalisme bersifat Islami…

Dan datanglah manusia bangang lagi hina lagi bodoh lagi rendah pengetahuan yang bernama Baim Syd Barrett…beliau pun berfikirlah…

“Apa yang bersifat Islami dalam fahaman liberal dan sosialis itu?Islam itu liberalisme kah?Islam itu sosialisme kah?Huh,sudah pasti bukan!Islam itu Islam lah…

Tapi mungkin juga ada SEDIKIT elemen dalam fahaman sosialisme dan liberalisme itu bersifat Islami, MUNGKIN. Dan jika kemungkinan itu benar, kenapa golongan golongan sosialis dan liberal tadi tidak menjuarai ISLAM itu sendiri,ISLAM SECARA KESELURUHAN yang sudah pasti bersifat Islami.Bukankah selama ini mereka cinta dan bersorak sorai untuk sesuatu yang bersifat Islami?…”

Dan manusia bodoh lagi bangang lagi hina lagi rendah pengetahuan bernama Baim Syd Barrett itu pun berhentilah berfikir, terus bersorak sorai di dalam blog ini…

Gambar hiasan: Cengkorak hidup

bigprayingskeleton

Gila (Bahagian dua daripada dua)

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on June 14, 2009

Kata kata aluan: Berikut adalah sambungan entri yang bertajuk ‘Gila (Bahagian satu daripada dua)’. Sila baca entri tersebut untuk memahami cerita ini secara keseluruhan.Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa ini.

That one is NOT EASY TO MAKE…that one is NOT EASY TO MAKE…beautiful!!!”

Empat perkataan (dihurufbesarkan) itu betul betul menyentak penulis. Serentak dengan itu penulis pun memandang ke arah luar tingkap, sekali lagi memandang awan keunguan cantik tadi. Tapi kali ini penulis memandang awan tadi sambil berfikir:

“Sape buat semua ni?awan awan yang cantik tu sape buat?”

Sebagai seorang yang beragama Islam, jawapan yang datang dalam diri penulis pastilah The Creator of all things: Allah S.W.T. Selepas datang jawapan itu, sebelah earphone yang sejak tadi melekat di telinga kiri penulis pun dicabutlah. Dalam hati, penulis pun mengucapkan ‘Subhanallah’…membawa maksud ‘Maha Suci Allah’.

Penulis merasa sangat sangatlah bangang dan rendah diri pada waktu itu. Berasa bangang kerana sebelum ini penulis memilih untuk asyik mendengar lagu lagu rebel dendangan Sex Pistols itu, yang membuat penulis jauh dari Tuhan. Berasa rendah diri kerana tidak melayan manusia gila tadi dengan anggapan manusia itu gila dan takkan membawa apa apa faedah pada diri penulis. Penulis ada berasa seperti mahu mencium lutut manusia itu tadi kerana kata kata beliau lah penulis semakin dekat dengan Tuhan.

Akhirnya sampai jugalah penulis di perhentian bas Heron. Sempat juga penulis menegur manusia tadi sebelum turun, tetapi tidak dilayan kerana beliau masih asyik melihat awan. Penulis pun tersenyumlah, lalu turun.

Sepanjang perjalanan ke rumah, penulis tidak memilih untuk mendengar musik musik Sex Pistols atau musik musik lain yang boleh membuat penulis terus khayal. Sebaliknya, penulis memilih untuk melihat awan. Burung burung pun banyak berkicauan. Nyaman alam Tuhan betul betul memberi penulis ketenangan.

TAMMAT.

Gambar hiasan: Alam
Treeatsunsetpurple

Gambar dikutip dari: http://crystal-rock.org/db3/00298/crystal-rock.org/_uimages/Treeatsunsetpurple.JPG

Pelik

Posted in Otak Meracau by Ibrahim Sulaiman on May 31, 2009

Manusia tak  serik bercinta sesama manusia,
Tapi jelik bercinta dengan Tuhan alam semesta,
Pelik.

aku,sebelum menggoreng nasi goreng,11.28 malam,hari ke-30 dalam bulan Mei,2009.