Terowong Tanpa Hujong

Double Standard

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on August 27, 2010

Suatu ketika, selepas waktu sahur.Aku,dia,dia,dan seorang lagi lelaki asyik menonton tv.Sedang menonton, ditayangkan satu iklan.Iklan siri tv melayu, berkenaan pendekar pendekar Melayu yang ada KUASA KUASA.

Aku melihat, dia, dia, dan lelaki yang seorang lagi itu ketawa. Menggelakkan pendekar pendekar Melayu yang ada KUASA KUASA.

Selesai itu, ditayangkan satu lagi iklan. Iklan siri tv omputih, berkenaan manusia manusia omputih yang ada KUASA KUASA.

Aku melihat, dia, dia, dan lelaki yang seorang lagi itu terdiam. Terdiam kagum dengan manusia manusia omputih yang ada KUASA KUASA.

DOUBLE STANDARD SIAL!

nota celah kaki: KUASA KUASA = SUPER POWER = KUASA LUARBIASA

Gila (Bahagian dua daripada dua)

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on June 14, 2009

Kata kata aluan: Berikut adalah sambungan entri yang bertajuk ‘Gila (Bahagian satu daripada dua)’. Sila baca entri tersebut untuk memahami cerita ini secara keseluruhan.Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa ini.

That one is NOT EASY TO MAKE…that one is NOT EASY TO MAKE…beautiful!!!”

Empat perkataan (dihurufbesarkan) itu betul betul menyentak penulis. Serentak dengan itu penulis pun memandang ke arah luar tingkap, sekali lagi memandang awan keunguan cantik tadi. Tapi kali ini penulis memandang awan tadi sambil berfikir:

“Sape buat semua ni?awan awan yang cantik tu sape buat?”

Sebagai seorang yang beragama Islam, jawapan yang datang dalam diri penulis pastilah The Creator of all things: Allah S.W.T. Selepas datang jawapan itu, sebelah earphone yang sejak tadi melekat di telinga kiri penulis pun dicabutlah. Dalam hati, penulis pun mengucapkan ‘Subhanallah’…membawa maksud ‘Maha Suci Allah’.

Penulis merasa sangat sangatlah bangang dan rendah diri pada waktu itu. Berasa bangang kerana sebelum ini penulis memilih untuk asyik mendengar lagu lagu rebel dendangan Sex Pistols itu, yang membuat penulis jauh dari Tuhan. Berasa rendah diri kerana tidak melayan manusia gila tadi dengan anggapan manusia itu gila dan takkan membawa apa apa faedah pada diri penulis. Penulis ada berasa seperti mahu mencium lutut manusia itu tadi kerana kata kata beliau lah penulis semakin dekat dengan Tuhan.

Akhirnya sampai jugalah penulis di perhentian bas Heron. Sempat juga penulis menegur manusia tadi sebelum turun, tetapi tidak dilayan kerana beliau masih asyik melihat awan. Penulis pun tersenyumlah, lalu turun.

Sepanjang perjalanan ke rumah, penulis tidak memilih untuk mendengar musik musik Sex Pistols atau musik musik lain yang boleh membuat penulis terus khayal. Sebaliknya, penulis memilih untuk melihat awan. Burung burung pun banyak berkicauan. Nyaman alam Tuhan betul betul memberi penulis ketenangan.

TAMMAT.

Gambar hiasan: Alam
Treeatsunsetpurple

Gambar dikutip dari: http://crystal-rock.org/db3/00298/crystal-rock.org/_uimages/Treeatsunsetpurple.JPG

enche’ obama dan peminta sedekah tidak berumah

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on May 23, 2009

Ditakdirkan pada petang semalam (Jumaat, 22 May),  berjalanlah aku, tanpa arah, di persekitaran downtown Ottawa. Maka ramailah manusia manusia berkeliaran menikmati cuaca yang sedikit panas.Ada yang berkeluarga,ada yang bekerja,ada yang ketawa,ada yang serius,ada yang berlari,ada yang berjalan,dan bermacam macam lagi adanya.Dan ramai jugalah manusia manusia yang tidak berumah meminta sedekah,mencari duit dengan cara mudah.Aku pandang semuanya dengan mata sebelah.Sehinggalah aku terpandang salah satu dari mereka yang duduk, meminta sedekah, sambil memegang cardboard yang bertulis frasa ini:

“OBAMA WANTS CHANGE, SO DO I”

aku pun tersenyumlah, berjalan, dan pulang ke rumah.

Gila (Bahagian Satu daripada Dua)

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on April 18, 2009

Dalam sejarah peradaban dunia moden, pasti ramai manusia manusia yang pernah/sedang/akan menaiki kenderaan yang diberikan nama bas. Penulis merasakan golongan yang tidak pernah menaiki bas ini pastinya terdiri daripada anak cucu Sultan Brunei, kaum kerabat Bill Gates,  dan golongan yang sewaktu dengannya.

Dalam sejarah hidup penulis, sudah beberapa ratus/riban (ribu) kali penulis menaiki bas. Dan pastinya penulis akan terus menerus menaiki bas selagi penulis masih mampu untuk menghirup oksigen yang diberi secara percuma oleh pokok pokok hijau untuk meneruskan hidupan dan selagi Malaikat Izrail tidak datang mencabut nyawa penulis.

Ditakdirkan sepanjang peninggalan penulis di bumi Ottawa ini penulis juga harus menaiki bas untuk ke sana dan ke mari, mengikut arah kaki membawa diri.

Dan ditakdirkan juga sepanjang penulis menaiki bas di sini,penulis telah beberapa kali mendapati diri penulis bersama sama dengan manusia¬† yang mentalnya kurang sihat dibandingkan dengan manusia manusia lain. Dalam fabrik sosial masyarakat Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia selepas penyertaan Sabah dan Sarawak), manusia yang sebegini dipanggil ‘orang gila’.

Maka terjadilah pada hari Jumaat minggu yang lalu bersamaan dengan 10 April 2009, penulis sekali lagi ditakdirkan menaiki bas bersama salah satu dari beratus ratus/beriban riban (beribu ribu)/berjuta juta manusia gila di dunia ini. Manusia gila itu tidak kelihatan gila pada mulanya. Adalah manusia gila itu kelihatan mesra dan sering tersenyum pada orang di sekelilingnya mengikut pemerhatian penulis. Ini tidak menghairankan kerana sepanjang pengalaman penulis di Canada ini, ramai manusia manusia yang mesra dan selalu menyedekahkan senyuman pada manusia lain. Sesampainya di perhentian bas ‘Hurdman’, tempat duduk di sebelah manusia gila itu pun kosonglah. Penulis pun tersenyumlah pada manusia gila itu lalu duduk di sebelah beliau.

Manusia gila itu pun mulalah membuka bicara dengan penulis. Manusia gila itu mengajak penulis memandang ke luar bas sambil memuji kecantikan awan pada petang itu. Pemandangan pada petang itu bagi penulis sungguh menarik. Awan petang matahari terbenam itu berwarna ke ungu unguan, cukup mempesonakan. Manusia gila itu terus memuji muji kecantikan awan petang itu dengan penuh simbara (simangek yang membara). Di tepuk tepuknya tangan penulis supaya terus menikmati pemandangan itu bersama beliau. Pada mulanya penulis dengan penuh hormat melayan kelakuan manusia gila itu. Tetapi selepas manusia gila itu tidak berhenti henti bercakap sepanjang bergeraknya bas itu, berasa semacamlah di hati penulis jadinya.Tambahan pula apa yang keluar dari mulut manusia gila itu bunyinya semakin merapu. Bertanyalah penulis di dalam hati:

“mamat ni gila ke…cakap merapu je ni”

Penulis mengambil keputusan untuk memasukkan sebelah earphone ke dalam telinga kiri penulis untuk kembali mendengar lagu lagu punk dendangan kumpulan Sex Pistols yang telah diberhentikan sejak duduk di sebelah manusia gila itu. Maka diamlah penulis untuk seketika dan manusia gila itu pun diamlah juga sebentar. Kemudian keluarlah sepotong ayat tanya(mengikut ajaran Cikgu Bahasa Melayu penulis, ayat ini dipanggil ayat tanya) dari mulut manusia gila:

Darling, is it 4 o’clock right now?”

Pertanyaan itu ditujukan kepada siapa pun tidak tahulah akan diri penulis. Dan tidaklah juga kedengaran sesiapa menjawab pertanyaan manusia gila itu. Sah manusia gila itu bercakap bersendirian.Ayat tanya itu mengesahkan kegilaan manusia gila kerana untuk maklumat pembaca, jam telefon bimbit penulis menunjukkan jam sudah melebihi jam 7 malam pada waktu itu. Dan jika mengikut logik akal manusia, awan awan ungu yang cantik itu takkan muncul pada jam 4 petang; ketika bintang paling besar dalam galaksi memancarkan cahaya terik di bumi Canada, negara jahanam amerika syarikat, dan tempat yang sewaktu dengannya. Awan awan cantik itu terhasil ketika terbenamnya bintang besar yang dinamakan matahari itu.Terpacul kata kata ini dalam diri penulis:

“Kompem gile mamat ni..sejak bile plak die ade bini dalam bus ni..tanya darling die jam kol 4 ke tak..hmm layan sudey…”

Memandangkan bas makin hampir ke perhentian ‘Heron’, penulis pun menabahkan hati melayan kerenah manusia gila yang kembali aktif bercakap,bercerita,dan merapu pada masa yang sama. Penulis mengambil keputusan untuk menguatkan sedikit volume lagu Sex Pistols yang didengar, sambil sebelah telinga lagi tetap menerima gelombang bunyi yang datang dari manusia gila itu tadi. Situasi kekal begitu sehinggalah terpacul keluar kata kata ini dari mulut manusia gila itu… (bersambung di Bahagian Dua daripada Dua)

Nota celah kaki: Tulisan berbentuk italic adalah perkataan/ayat di dalam bahasa penjajah Inggris/bahasa global.Perkataan itu mungkin juga dipinjam dari bahasa ranggi anak muda. Perkataan simbara (simangek yang membara) adalah perkataan yang biasa digunakan oleh penulis bersama abang penulis dan keluarga terdekat.

Gambar hiasan: Beruang teddy yang gila.
Beruang teddy yang gila

Lemah

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on April 4, 2009

Mata aku kabur,
Kepala aku berat,
Hidung aku berair,
Lidah aku tak bagi apa apa rasa,
Manis,masam,pahit,masin,
Semua hilang,
Tawar memanjang.

Sakit!Susah aku nak mengaku yang aku sakit. Sejak kat asrama,aku latih diri aku untuk melawan sakit. Bagi aku, sakit kalau dilayan,makin kuat dia melawan. Aku memang takut jatuh sakit. Alhamdulillah, sejak bertahun tahun aku hirup oksigen kat bumi Ottawa ni, aku tak pernah sakit. Kalau sakit datang,aku melawan.Alhamdulillah aku selalu menang dalam pertarungan. Semuanya atas kuasa Tuhan. Tapi kali ni aku kalah. Tak mampu nak melawan.Aku longlai!First time (meminjam bahasa penjajah/bahasa global) aku beli ubat kat sini.Harap harap berkesan.Aku tak mampu sakit.Kalau sakit aku ni panjang,aku akan ‘sakit’ masa final exam(meminjam bahasa penjajah/bahasa global) nanti.Tak mampu bai!(meminjam bahasa ranggi anak anak muda).

Sakit!Sakit buat aku sedar aku lemah. Sekali aturan interaksi sel sel, enzim enzim dan macam macam menatang(meminjam bahasa tak rasmi Tanah Malaya) dalam badan aku ni buat hal,aku tumbang.Bila sihat bukan main gah. Rasa hebat,rasa kuat. Tapi bila Tuhan tarik nikmat sihat.Aku rebah!. Mungkin Tuhan mahu mengajar.Dan semoga aku faham apa yang diajar.Supaya aku tak kurang ajar.

“Ya Allah, kau sembuhkanlah aku.Amin”.

Gambar hiasan: Obat

Obat

Gambar dicuri dari:www.rd.com/…/article15917.html