Terowong Tanpa Hujong

FACEBOOK – Hahaha

Posted in Sosaiti by Ibrahim Sulaiman on April 29, 2011

Dalam facebook ramai the so-called intelektual yang selalu tulis status status sofistikated dan kompleks. Dan ramai yang bertikam,berparang,berpedang dengan ideologi masing masing melalui komen komen pendek sebagai respons kepada status status tadi. Memuaskan nafsu intelektual mereka barangkali?Aku tak pasti.

Yang aku pasti cuma satu: Intelektual sebenar takkan buang masa berdebat tentang satu subjek berat melalui kotak kotak kecil komen dan status facebook itu. They will write a proper article instead, filled with solid arguments and organized flow of thoughts. Lebih mudah untuk mereka mempertahankan idea yang disampaikan dan lebih mudah untuk intelektual lain membalas hujah.

Yang sibuk berpencak silat,berkungfu di arena intelektual facebook itu aku tak berapa yakin. Pseudo-intellectual/intelektual palsu barangkali?

Hahaha.


Advertisements

Langit & Bumi

Posted in Sosaiti by Ibrahim Sulaiman on November 28, 2010

Kalau anda pernah menonton liputan tentang krisis krisis di negara negara Afrika, melalui perantara media, kebanyakan waktu anda akan melihat imej imej (bergerak/statik) seperti berikut;

Anak anak kecil berbentuk badan kurang sempurna kerana kekurangan gizi seimbang. Kebiasaannya mereka tidak berbaju, tubuh badan suci mereka dihurungi lalat. Walaupun ada sedikit yang mampu melemparkan senyuman, kebanyakan mereka berwajah suram, menanti cahaya dalam hidup mereka.

Kemudian, untuk mengiringi kabar berita bahawa pemimpin pemimpin negara tersebut sedang berusaha mencari solusi untuk krisis krisis negara mereka, anda akan dihidangkan dengan imej imej (bergerak/statik) seperti berikut;

Orang orang dewasa, bertubuh badan sasa dan berpakaian sempurna. Orang orang ini kebanyakannya akan datang bersama sama dengan kereta kereta mewah. Sejurus turun dari kereta mewah ini, mereka akan disambut dengan cahaya silau dari kamera kamera jurnalis (tempatan & antarabangsa). Limpahan cahaya ini akan diiringi oleh senyum di wajah ceria mereka.

Imej imej (statik) diambil dari laman web ini dan ini

Sorak Sorai

Posted in Sosaiti by Ibrahim Sulaiman on June 14, 2009

Dan ditakdirkan dalam hidup aku, kerap jugalah didengar manusia manusia/homo sapien homo sapien hebat beragama Islam berkata sebegini…

“Fahaman sosialis itu ckp Islami bagi saya bla bla bla…”

Dan bersorak sorai manusia/homo sapien itu menjuarai fahaman sosialis anutannya.Dengan alasan,fahaman sosialis itu bersifat Islami bagi beliau…

Dan ada juga yang berkata…

“Liberalisme itu cukup Islami sifatnya…bla bla bla…”

Dan bersorak sorai jugalah manusia/homo sapien/liberalis/libertarian itu mengagungkan fahaman liberal sebagai jalan penyelesaian untuk permasalahan hidup umat manusia.Juga dengan alasan yang sama…liberalisme bersifat Islami…

Dan datanglah manusia bangang lagi hina lagi bodoh lagi rendah pengetahuan yang bernama Baim Syd Barrett…beliau pun berfikirlah…

“Apa yang bersifat Islami dalam fahaman liberal dan sosialis itu?Islam itu liberalisme kah?Islam itu sosialisme kah?Huh,sudah pasti bukan!Islam itu Islam lah…

Tapi mungkin juga ada SEDIKIT elemen dalam fahaman sosialisme dan liberalisme itu bersifat Islami, MUNGKIN. Dan jika kemungkinan itu benar, kenapa golongan golongan sosialis dan liberal tadi tidak menjuarai ISLAM itu sendiri,ISLAM SECARA KESELURUHAN yang sudah pasti bersifat Islami.Bukankah selama ini mereka cinta dan bersorak sorai untuk sesuatu yang bersifat Islami?…”

Dan manusia bodoh lagi bangang lagi hina lagi rendah pengetahuan bernama Baim Syd Barrett itu pun berhentilah berfikir, terus bersorak sorai di dalam blog ini…

Gambar hiasan: Cengkorak hidup

bigprayingskeleton