Terowong Tanpa Hujong

Gila (Bahagian dua daripada dua)

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on June 14, 2009

Kata kata aluan: Berikut adalah sambungan entri yang bertajuk ‘Gila (Bahagian satu daripada dua)’. Sila baca entri tersebut untuk memahami cerita ini secara keseluruhan.Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang tidak seberapa ini.

That one is NOT EASY TO MAKE…that one is NOT EASY TO MAKE…beautiful!!!”

Empat perkataan (dihurufbesarkan) itu betul betul menyentak penulis. Serentak dengan itu penulis pun memandang ke arah luar tingkap, sekali lagi memandang awan keunguan cantik tadi. Tapi kali ini penulis memandang awan tadi sambil berfikir:

“Sape buat semua ni?awan awan yang cantik tu sape buat?”

Sebagai seorang yang beragama Islam, jawapan yang datang dalam diri penulis pastilah The Creator of all things: Allah S.W.T. Selepas datang jawapan itu, sebelah earphone yang sejak tadi melekat di telinga kiri penulis pun dicabutlah. Dalam hati, penulis pun mengucapkan ‘Subhanallah’…membawa maksud ‘Maha Suci Allah’.

Penulis merasa sangat sangatlah bangang dan rendah diri pada waktu itu. Berasa bangang kerana sebelum ini penulis memilih untuk asyik mendengar lagu lagu rebel dendangan Sex Pistols itu, yang membuat penulis jauh dari Tuhan. Berasa rendah diri kerana tidak melayan manusia gila tadi dengan anggapan manusia itu gila dan takkan membawa apa apa faedah pada diri penulis. Penulis ada berasa seperti mahu mencium lutut manusia itu tadi kerana kata kata beliau lah penulis semakin dekat dengan Tuhan.

Akhirnya sampai jugalah penulis di perhentian bas Heron. Sempat juga penulis menegur manusia tadi sebelum turun, tetapi tidak dilayan kerana beliau masih asyik melihat awan. Penulis pun tersenyumlah, lalu turun.

Sepanjang perjalanan ke rumah, penulis tidak memilih untuk mendengar musik musik Sex Pistols atau musik musik lain yang boleh membuat penulis terus khayal. Sebaliknya, penulis memilih untuk melihat awan. Burung burung pun banyak berkicauan. Nyaman alam Tuhan betul betul memberi penulis ketenangan.

TAMMAT.

Gambar hiasan: Alam
Treeatsunsetpurple

Gambar dikutip dari: http://crystal-rock.org/db3/00298/crystal-rock.org/_uimages/Treeatsunsetpurple.JPG

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. atiqah khuzaini(mmule nak ltak comel tp x jd) said, on June 14, 2009 at 10:35 am

    ko tau knape kicauan burung dan alam sekitar itu mendamaikan?sbb tu alunan zikir derg.

  2. Baim Syd Barrett said, on June 14, 2009 at 11:11 am

    betul betul, lagi mendamaikan dari lagu punk sex pistols yang aku suka dgr…

    haha takleh blah nickname ko…ko mmg sentiasa bajet comel..aku karate baru tau


Leave a comment