Terowong Tanpa Hujong

Gila (Bahagian Satu daripada Dua)

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on April 18, 2009

Dalam sejarah peradaban dunia moden, pasti ramai manusia manusia yang pernah/sedang/akan menaiki kenderaan yang diberikan nama bas. Penulis merasakan golongan yang tidak pernah menaiki bas ini pastinya terdiri daripada anak cucu Sultan Brunei, kaum kerabat Bill Gates,  dan golongan yang sewaktu dengannya.

Dalam sejarah hidup penulis, sudah beberapa ratus/riban (ribu) kali penulis menaiki bas. Dan pastinya penulis akan terus menerus menaiki bas selagi penulis masih mampu untuk menghirup oksigen yang diberi secara percuma oleh pokok pokok hijau untuk meneruskan hidupan dan selagi Malaikat Izrail tidak datang mencabut nyawa penulis.

Ditakdirkan sepanjang peninggalan penulis di bumi Ottawa ini penulis juga harus menaiki bas untuk ke sana dan ke mari, mengikut arah kaki membawa diri.

Dan ditakdirkan juga sepanjang penulis menaiki bas di sini,penulis telah beberapa kali mendapati diri penulis bersama sama dengan manusia  yang mentalnya kurang sihat dibandingkan dengan manusia manusia lain. Dalam fabrik sosial masyarakat Tanah Melayu (sekarang dikenali sebagai Malaysia selepas penyertaan Sabah dan Sarawak), manusia yang sebegini dipanggil ‘orang gila’.

Maka terjadilah pada hari Jumaat minggu yang lalu bersamaan dengan 10 April 2009, penulis sekali lagi ditakdirkan menaiki bas bersama salah satu dari beratus ratus/beriban riban (beribu ribu)/berjuta juta manusia gila di dunia ini. Manusia gila itu tidak kelihatan gila pada mulanya. Adalah manusia gila itu kelihatan mesra dan sering tersenyum pada orang di sekelilingnya mengikut pemerhatian penulis. Ini tidak menghairankan kerana sepanjang pengalaman penulis di Canada ini, ramai manusia manusia yang mesra dan selalu menyedekahkan senyuman pada manusia lain. Sesampainya di perhentian bas ‘Hurdman’, tempat duduk di sebelah manusia gila itu pun kosonglah. Penulis pun tersenyumlah pada manusia gila itu lalu duduk di sebelah beliau.

Manusia gila itu pun mulalah membuka bicara dengan penulis. Manusia gila itu mengajak penulis memandang ke luar bas sambil memuji kecantikan awan pada petang itu. Pemandangan pada petang itu bagi penulis sungguh menarik. Awan petang matahari terbenam itu berwarna ke ungu unguan, cukup mempesonakan. Manusia gila itu terus memuji muji kecantikan awan petang itu dengan penuh simbara (simangek yang membara). Di tepuk tepuknya tangan penulis supaya terus menikmati pemandangan itu bersama beliau. Pada mulanya penulis dengan penuh hormat melayan kelakuan manusia gila itu. Tetapi selepas manusia gila itu tidak berhenti henti bercakap sepanjang bergeraknya bas itu, berasa semacamlah di hati penulis jadinya.Tambahan pula apa yang keluar dari mulut manusia gila itu bunyinya semakin merapu. Bertanyalah penulis di dalam hati:

“mamat ni gila ke…cakap merapu je ni”

Penulis mengambil keputusan untuk memasukkan sebelah earphone ke dalam telinga kiri penulis untuk kembali mendengar lagu lagu punk dendangan kumpulan Sex Pistols yang telah diberhentikan sejak duduk di sebelah manusia gila itu. Maka diamlah penulis untuk seketika dan manusia gila itu pun diamlah juga sebentar. Kemudian keluarlah sepotong ayat tanya(mengikut ajaran Cikgu Bahasa Melayu penulis, ayat ini dipanggil ayat tanya) dari mulut manusia gila:

Darling, is it 4 o’clock right now?”

Pertanyaan itu ditujukan kepada siapa pun tidak tahulah akan diri penulis. Dan tidaklah juga kedengaran sesiapa menjawab pertanyaan manusia gila itu. Sah manusia gila itu bercakap bersendirian.Ayat tanya itu mengesahkan kegilaan manusia gila kerana untuk maklumat pembaca, jam telefon bimbit penulis menunjukkan jam sudah melebihi jam 7 malam pada waktu itu. Dan jika mengikut logik akal manusia, awan awan ungu yang cantik itu takkan muncul pada jam 4 petang; ketika bintang paling besar dalam galaksi memancarkan cahaya terik di bumi Canada, negara jahanam amerika syarikat, dan tempat yang sewaktu dengannya. Awan awan cantik itu terhasil ketika terbenamnya bintang besar yang dinamakan matahari itu.Terpacul kata kata ini dalam diri penulis:

“Kompem gile mamat ni..sejak bile plak die ade bini dalam bus ni..tanya darling die jam kol 4 ke tak..hmm layan sudey…”

Memandangkan bas makin hampir ke perhentian ‘Heron’, penulis pun menabahkan hati melayan kerenah manusia gila yang kembali aktif bercakap,bercerita,dan merapu pada masa yang sama. Penulis mengambil keputusan untuk menguatkan sedikit volume lagu Sex Pistols yang didengar, sambil sebelah telinga lagi tetap menerima gelombang bunyi yang datang dari manusia gila itu tadi. Situasi kekal begitu sehinggalah terpacul keluar kata kata ini dari mulut manusia gila itu… (bersambung di Bahagian Dua daripada Dua)

Nota celah kaki: Tulisan berbentuk italic adalah perkataan/ayat di dalam bahasa penjajah Inggris/bahasa global.Perkataan itu mungkin juga dipinjam dari bahasa ranggi anak muda. Perkataan simbara (simangek yang membara) adalah perkataan yang biasa digunakan oleh penulis bersama abang penulis dan keluarga terdekat.

Gambar hiasan: Beruang teddy yang gila.
Beruang teddy yang gila

Advertisements

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. farahhanani said, on May 23, 2009 at 2:41 am

    menunggu bahagian kedua dengan penuh setia.

  2. Baim Syd Barrett said, on May 23, 2009 at 3:14 pm

    insyaAllah akan disambung dalam jangka masa terdekat..:)

  3. d..(bukan nama sebenar) said, on November 8, 2009 at 5:38 pm

    gua celah skit nota celah kaki ko tu – bukan sembara tapi simbara (simangek yang membara)

  4. Baim Syd Barrett said, on November 9, 2009 at 1:02 am

    ok d…aku edit!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: