Terowong Tanpa Hujong

Lemah

Posted in Hidup by Ibrahim Sulaiman on April 4, 2009

Mata aku kabur,
Kepala aku berat,
Hidung aku berair,
Lidah aku tak bagi apa apa rasa,
Manis,masam,pahit,masin,
Semua hilang,
Tawar memanjang.

Sakit!Susah aku nak mengaku yang aku sakit. Sejak kat asrama,aku latih diri aku untuk melawan sakit. Bagi aku, sakit kalau dilayan,makin kuat dia melawan. Aku memang takut jatuh sakit. Alhamdulillah, sejak bertahun tahun aku hirup oksigen kat bumi Ottawa ni, aku tak pernah sakit. Kalau sakit datang,aku melawan.Alhamdulillah aku selalu menang dalam pertarungan. Semuanya atas kuasa Tuhan. Tapi kali ni aku kalah. Tak mampu nak melawan.Aku longlai!First time (meminjam bahasa penjajah/bahasa global) aku beli ubat kat sini.Harap harap berkesan.Aku tak mampu sakit.Kalau sakit aku ni panjang,aku akan ‘sakit’ masa final exam(meminjam bahasa penjajah/bahasa global) nanti.Tak mampu bai!(meminjam bahasa ranggi anak anak muda).

Sakit!Sakit buat aku sedar aku lemah. Sekali aturan interaksi sel sel, enzim enzim dan macam macam menatang(meminjam bahasa tak rasmi Tanah Malaya) dalam badan aku ni buat hal,aku tumbang.Bila sihat bukan main gah. Rasa hebat,rasa kuat. Tapi bila Tuhan tarik nikmat sihat.Aku rebah!. Mungkin Tuhan mahu mengajar.Dan semoga aku faham apa yang diajar.Supaya aku tak kurang ajar.

“Ya Allah, kau sembuhkanlah aku.Amin”.

Gambar hiasan: Obat

Obat

Gambar dicuri dari:www.rd.com/…/article15917.html

Advertisements

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Irving Tan said, on April 7, 2009 at 11:18 pm

    HAHA! Aku baru tau senior ku yang tersyg nih ada blog baru!! Post nih memang legend. Teruskan teruskan!

    PS – Saya di sini masih menantikan syair-syair yang dijanjikan haritu.

    XD

  2. Baim Syd Barrett said, on April 8, 2009 at 1:02 am

    HAHA!ko memang legend Irving…satu satunya orang yg follow blog aku..blog ‘abang ke tu’ dulu tu saja saja test power je haha..kali ni aku serious..kalau ko nak link kat blog ko pun boleh..dulu takleh haha
    nanti aku link blog ko kat sini..tapi takde ape ape effect la sbb blog aku takde orang baca selain ko haha

  3. Dila said, on April 10, 2009 at 11:24 pm

    Hahaa… aku baca baim! siap dah letak link lagi.. hehe.. Baim mmg lagend lah..

  4. Azrap said, on April 15, 2009 at 12:49 am

    ayat ko sikit je dah buat org gelak dowh~ turun2 kah la ilmu tu kat aku seyh.

    btw, btol gak dowh. aku dah 2 thn ( almost 2 thn ), tak pnah pegi sepital seyh. Macam tak pnah demam jerk. Nak kate weather, sini jaoh lagi ekstrim dr M’sia. Nape ek?

  5. Baim Syd Barrett said, on April 15, 2009 at 11:37 am

    mane ade ilmunye azrap…aku tulis suke suke je..blog ko lagi kelakar..mampos aku gelak..org politik sume ko sapu haha…

    aku rase kte x demam sgt sini sbb semangat la..takleh nak manja manja kat sini..kat Msia mak ade nak jd kalau demam..kat cni xde bai

  6. Irving Tan said, on April 15, 2009 at 11:05 pm

    *manja dengan Baim*

    Eh eh tabole ke? Haha! XD


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: