Langit & Bumi
Kalau anda pernah menonton liputan tentang krisis krisis di negara negara Afrika, melalui perantara media, kebanyakan waktu anda akan melihat imej imej (bergerak/statik) seperti berikut;
Anak anak kecil berbentuk badan kurang sempurna kerana kekurangan gizi seimbang. Kebiasaannya mereka tidak berbaju, tubuh badan suci mereka dihurungi lalat. Walaupun ada sedikit yang mampu melemparkan senyuman, kebanyakan mereka berwajah suram, menanti cahaya dalam hidup mereka.
Kemudian, untuk mengiringi kabar berita bahawa pemimpin pemimpin negara tersebut sedang berusaha mencari solusi untuk krisis krisis negara mereka, anda akan dihidangkan dengan imej imej (bergerak/statik) seperti berikut;
Orang orang dewasa, bertubuh badan sasa dan berpakaian sempurna. Orang orang ini kebanyakannya akan datang bersama sama dengan kereta kereta mewah. Sejurus turun dari kereta mewah ini, mereka akan disambut dengan cahaya silau dari kamera kamera jurnalis (tempatan & antarabangsa). Limpahan cahaya ini akan diiringi oleh senyum di wajah ceria mereka.
Imej imej (statik) diambil dari laman web ini dan ini


otak ko memang tak pernah kecewakan aku r baim! X)